ZAKAT EMAS

Bila sebut emas je,secara sendirinya otak kita akan teringat zakat.

Yang tak pernah simpan emas pun peka betul dengan zakat emas ni.

Sedangkan kalau simpan duit di bank sekalipun ,kita tetap kena keluarkan zakat cuma munkin segelintir dari kita  tak peka (atau tak ambil tahu langsung) tentang zakat harta ini.

Syarat yang melayakkan anda membayar zakat “emas simpan” (Jongkong emas/syiling emas) ;

1. Simpanan emas anda cukup (atau lebih) 85 gram
2. Simpanan (85 gram ke atas) tersebut tak terusik selama 1 Tahun.

Kalau sekadar beli 1 gram atau 1 dinar kemudian anda “peram” selama 50 Tahun sekalipun,tetap TAK diwajibkan keluar zakat.

Selagi belum cukup nisob 85 gram (20dinar), maksudnya kedudukan kewangan anda belum kukuh lagi(belum “Kaya”)

Tuhan suruh bayar zakat mesti ada sebab.bila cukup 85 gram maksudnya kita punya tahap kewangan sangat cantik (orang kaya) dan  memang MAMPU untuk bayar zakat

Tak percaya ? Jom kita kira sama2.

Katakan sekarang anda sudah simpan 85 gram (RM16,000 +-) sejak tahun lepas.


Berapa anda perlu keluarkan zakat?
Anda hanya perlu bayar 2.5% saje dari simpanan emas anda tu  (2.5%×85=2.125).1/2.


Itu serba sedikit tentang zakat emas simpanan.
zakat Emas pakai(emas perhiasan/barang kemas) lain pula.

Cukup dulu saya cerita zakat Emas simpanan dulu.
Insyaallah saya akan cerita pasal zakat Emas perhiasan pula di lain kali. 


Cerita banyak-banyak pun bukan anda sempat nak hadam semua. 😉

Abdur Rahman Al Amin
Bandar Darulaman
10 Oktober 2017

zakat emas