“CIKGU-CIKGU EMAS” TEAM PGG100Network

Saya masih ingat, semasa kali pertama saya hadir ke #JutawanemasLeadershipTraining.(kursus khas untuk dealer PG yang nak belajar buat bisnes) pada Disember 2016 di Gunung Jerai, waktu tu saya tak kenal dengan siapa-siapa langsung kecuali tiga(3) individu saja : En Mohd Azinuddin (rakan dealer saya), madam Noel PG (HOB PG alor star, waktu itu masih ‘ms’) dan mentor mama Azizah Hassan.

Nah, cuma 3 individu itu saja yang kenal.

Peserta-peserta lain yang hadir, staff-staff lain, guru disiplin Sir Kenneth Cheang Chee Wah(waktu itu masih ‘mr’), siapa CEO Public Gold dan hatta mentor saya sendiri, En Mohd Zulkifli Shafie(www.mohdzulkifli.com) pun saya tak kenal(nama pun tak pernah dengar!).

Memang datang training tu macam rusa masuk kampung da…

Yang menariknya, di #JLT biasanya akan ada 3 mentor iaitu top dealer Public Gold di Malaysia yang akan sampaikan seminar sepanjang 3 hari 2 malam itu, En Syukor Hashim , En Zulkifli Shafie dan mama azizah.

Jadi sepanjang hari pertama berlangsung, saya boleh katakan hati saya senang(suka) dan lebih cenderung kepada cara penyampaian En Mohd Zulkifli Shafie. Tak tahu kenapa, tapi saya rasa selesa dan dekat dengan cara beliau. Dari segi cara bercakap, bahasa tubuh, cara berjalan dan juga air muka, nampak ikhlas.

Waktu itu saya sangat berharap dan berdoa semoga saya ditempatkan dalam kumpulan(berada di bawah network) beliau(memandangkan saya belum tahu siapa mentor saya😄).

Sehinggalah malam hari pertama sesi bersama mentor, waktu itu baru lah saya dapat tahu yang memang dealership saya adalah di bawah mentorship beliau.

Harini, saya boleh katakan saya sangat bangga dan bersuy ditakdirkan menjadi sebahagian dari TEAM di bawah mentorship tuan Mohd Zulkifli Shafie dan puan Najdah Mohammed Hussain yang lahir dari 4 buah negara.

#PGG100Netwrok

Ini adalah group kami #PG100Network/#PGG100Group. Ini baru sebahagian saja yang dapat hadir. “Cikgu-cikgu emas” ini datang dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Gambar ini(gambar atas) diambil ketika Malam Anugerah/Gala Dinner tahun lepas.

Gambar yang dibawah itu pula adalah gambar yang diambil bulan julai yang lepas iaitu semasa #ARN19. Walaupun pada malam award yang lepas ada rasa sesuatu yang tak lengkap sebab malam berlangsung tanpa kehadiran beliau, tapi anak-anak beliau ramai yang berjaya naik pentas dan yang penting kami masih boleh berkumpul sama-sama.

Bisnes Public Gold berkembang dengan sangat cepat dalam tempoh 10 tahun, merentasi 4 buah negara. Ini adalah berita baik bagi dealer-dealer yang aktif kerana kami dapat buat bisnes 4 negara maknanya income yang boleh kami dapat juga datangnya dari 4 buah negara.

Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Wira Louis Ng kerana telah menyediakan platform bisnes ini. Terima kasih juga kepada mentor saya kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan percuma untuk kami terus terbang tinggi dalam bisnes ini.

“If you want to walk fast, walk alone..
If u want to walk far, walk together..”

Rahman Ismail
Seorang anak muda biasa yg mempunyai nyalarasa untuk berkongsi ilmu kewangan dan emas melalui seminar.

#LifetimeMentorship #PGG100Network #PGG100GROUP #NextMohdZulkifli #PGBusinessOwner

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s