MENYIMPAN BUKAN SOAL MATEMATIK, TETAPI EMOSI.

Menyimpan sebenarnya bukan soal matematik semata-mata. Walaupun dalam pengurusan kewangan ia melibatkan tentang matematik (+-×÷), tetapi setelah pengalaman melihat banyak kes, saya boleh simpulkan yang menyimpan bukan tentang berapa pandai kita tentang matematik.

Kalau menyimpan soal matematik, sepatutnya pakar dalam bidang matematik atau mereka yang berkerja yang melibatkan banyak pengiraanlah yang mempunyai paling banyak simpanan.

Tetapi realiti apa yang berlaku adalah sebaliknya. Orang kaya di dunia kebanyakan dari mereka bukanlah yang paling pandai dalam matematik bahkan bukanlah pemegang ‘title’ doktor falsafah.

APA YANG SEBENARNYA MENYEKAT KITA UNTUK KAYA?

Majoriti dari kita sebenarnya sudah ada kesedaran menyimpan. Bahkan sudah macam-macam teknik yang kita sudah cuba pun untuk menyimpan.

Nak menyimpan, ini lain ilmunya.

Nak KEKALKAN simpanan, ini lain ilmunya.

Nak menyimpam biasanya ramai yang berjaya, tetapi nak KEKALKAN simpanan ini kebanyakan dari kita gagal.

Misalnya, gaji kita RM3000 jadi kita ikut saranan dari pakar kewangan simpan 10% dari gaji. Sebulan kita letakkan sasaran menyimpan RM300.

Jadi bila dapat saja gaji, kita gunakan dahulu duit yang anda untuk perbelanjaan keperluan harian kita, tunggu ada duit ‘lebih’ baru kita nak menyimpan. Bila hujung bulan, ada lebih tak?

Tak ada.

CARA SUDAH BERUBAH, MASALAH TETAP SAMA?

Cara ke-2, kita bukakan satu akaun khas untuk simpanan. Jadi awal bulan, kita paksa diri kita pindahkan RM300 untuk simpanan itu ke akaun khas. Hujung bulan, korek bolek.

Cara ke-3, kita buat arahan tetap pula. Setiap bulan kita ‘potong’ RM300 gaji kita masuk ke akaun Tabung Haji. Cara ini dah ok dah, dah bagus sikit.

Jadi bulan pertama, kita berjaya menyimpan RM300, bulan ke-2 RM600 dan sampaila bulan ke-5 jumlah yang terkumpul sebanyak RM1,500.

Kemudian kita kemaskini buku tabung haji untuk lihat berapa baki.

Wah… Dah banyak simpanan aku, jadi hati kita terdetik untuk keluarkan ‘sedikit’. Bila dah keluar, bukan ‘sedikit’ yang dikeluarkan, tetapi ‘sedikit ‘ sahaja yang tinggal. Gagal lagi.

NALURI MANUSIA TERHADAP DUIT

Pernah terfikir tak, kenapa kita dah cuba macam-macam cara untuk simpan duit, tetapi semuanya gagal? Sebabnya adalah fitrah kita terhadap duit memang seronok untuk belanja.

Kita tak boleh tengok ada duit lebih, terus datang emosi dan nafsu untuk belanja. Lagi banyak nombor “0” di belakang, lagi kacau jiwa kita. Kita “psyco” dengan nombor.

Jadi satu cara untuk ubat penyakit ini adalah simpan EMAS!

Bila duit simpanan kita yang banyak tadi ditukarkan kepada emas, “nombor-nombor” tadi sudah hilang. Yang tinggal cuma “gram” atau kepingan emas.

Jika kita tukar cara menyimpan, katalah kita cuma letak target nak menyimpan cuma 1 gram setiap bulan, tetapi bulan ke-10 biasanya bukan 10 gram yang terkumpul. Biasanya lebih 10 gram.

Alasannya adalah sebagai manusia, fitrah dan naluri kita pada emas adalah nak simpan, nak kumpul, sayang nak jual, nak tambah lagi, tak nak keluarkan(guna)!

Kita tak akan pajak atau gadai emas kita untuk hal yang remeh-temeh contohnya(tukar telefon pintar baru(walaupun telefon yang ada masih elok), atau beli perabot baru.

Akhir sekali, simpanan kita akan selamat. Selamat bukan sahaja dari kekacauan ekonomi tetapi selamat dari ‘dirompak’ oleh diri kita sendiri!

Abdur Rahman Al Amin Ismail

Bandar Darulaman

23 Januari 2019

16 Jamadil Awal 1440H

[Kredit foto:jscoats.com]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s