KAHWIN SEMASA BELAJAR ?

Kalau sudah sayang sangat dengan pasangan,mesti masing² terfikir nak kahwin cepat2.

Tapi tu la, banyak kekangan dari sudut kewangan, bukan ?

Bila sebut soal kahwin, pasti kita terbayang tentang simpanan yang belum cukup.

Apa yang saya faham kalau sudah suka sama suka(apatah lagi kalau sudah bertunang), percepatkan perkahwinan adalah lebih baik. Tetapi bila melibatkan soal kemampuan kewangan, ditambah lagi kalau si pengantin masih belajar, lebih baik tangguh dahulu perkahwinan kalau boleh. Sekurang-kurangnya hingga kita mula bekerja. Ini nasihat dari ramai guru-guru kewangan.

KOS LEPAS KENDURI LEBIH MERISAUKAN

Guru saya pernah sebut, kos kenduri(wedding) sebenarnya bukan soal utama, apa yang lebih merisaukan ialah kos selepas kenduri(marriage)-yang jauh lebih besar daripada kos kenduri. Ramai bakal pengantin khususnya anak² muda tak sedar benda ni, sebab fikiran masing² banyak terbeban dengan persiapan majlis kenduri(wedding).

Dalam situasi macam ni, guru saya pesan tangguh dulu perkahwinan kerana satu sebab iaitu “kemiskinan boleh mengusir kebahagiaan rumah tangga”.

Pasangan yang hendak berumah tangga sudah tentu mengumpul bahagia dengan pasangan tercinta. Namun, kemiskinan akan mengehadkan banyak perkara dan mungkin menghambat bahagia yang dicita. Segala-galanya terhad. Walaupun duit bukanlah segala²nya, tetapi segala²nya perlukan duit utk sempurnakan kehidupan dalam berumah tangga.

RUTIN HARIAN TERBATAS

Makan terhad. Nak bergerak terhad. Balik kampung terhad. Nak santai dengan isteri terhad. Setiap masa sentiasa fikir pasal duit untuk terus hidup. Tak ada masa untuk melayari cinta dengan si dia.

Mungkin keluarga boleh membantu sedikit sebanyak, tetapi kita ada maruah. Sebagai anak lelaki kena berdiri atas kaki sendiri. Susah senang kita kena tanggung sendiri. Pantang sekali menagih simpati.

Jadi anak muda yang belum mempunyai persiapan asas kewangan, tangguhkan dahulu perkahwinan sekurang²nya sehingga mula bekerja. Sumber pendapatan itu penting untuk sempurnakan tanggungjawab dalam berumah tangga. Bila ia disempurnakan, barulah dapat bahagia yang dicitakan. Insyaallah…

#BukuZeroHutang

Rahman Ismail

Bandar Darulaman

23 Ogos 2018

11 Zulhijjah 1439H

One thought on “KAHWIN SEMASA BELAJAR ?

Leave a reply to chơi game bài đổi thưởng Cancel reply