EMAS SEBAGAI SIMPANAN UNTUK DILUPAKAN(FORGOTTEN SAVING)

Emas boleh dijadikan sebagai simpanan untuk dilupakan. Dalam disiplin kewangan, pakar kewangan sebut, setiap orang perlu ada satu simpanan yang dinamakan sebagai “forgotten saving”.

Maksudnya, nak simpan ini kita tak boleh ingat-ingat. Makin diingat-ingat, Makin cepat habis duit itu. Perkara sebaliknya berlaku dengan emas, emas mesti selalu dilihat, dibelek. Makin dilihat, makin cepat bertambah simpanan emas itu.

SIMPANAN TAK BOLEH DIINGAT-INGAT

Mesti paksa diri simpan, kemudian lupakan. Kita ingat cuma pada waktu-waktu yang perlu sahaja. Contohnya masa nak bayar zakat, Kira berapa jumlah simpanan yang perlu dikeluarkan zakat. Selain itu, contohnya waktu nak buat pelabuan, kira berapa jumlah simpanan kita.

Pada masa-masa macam tu saja kita boleh ingat. Ia tak boleh diingat-ingat selalu. Kalau selalu dingat, simpanan kita mudah bocor. Contoh kalau simpan duit di Tabung Haji dan selalu belek buku simpanan, atau kalau simpan dalam bank kita selalu cucuk kad di ATM, lama-lama duit tu akan bocor dengan sangat cepat.

HILANGKAN ‘NOMBOR’, ELAK SIMPANAN ‘BOCOR’

Antara sebab kenapa emas kita mesti pertimbangkan untuk dijadikan sebagai forgotten saving ialah emas tak ada nombor. Fitrah kita sebagai manusia alah dengan nombor. Contohnya simpan di bank sebanyak RM1000, otak kita akan giat fikir untuk matching nombor Tu dengan harga barang tertentu seperti hand bag dan sport rim (bagi kaum adam).

Berbeza kalau kita tukarkan rm1000 tu kepada bentuk emas. Kita akan dapat 5 gram. Jadi nombor atau angka tiga kali kosong (000) di belakang tu sudah hilang. Otak kita akan memproses maklumat, kita cuma ada simpanan “Lima”(5) gram sahaja. Dah tak boleh matching dah.

‘SHORTCUT’ UNTUK SIMPANAN BERMATLAMAT.

Akhirnya simpanan kita selamat dari nafsu boros kita dan simpanan tu boleh bertahan 3 ke 5 tahun dan mungkin lebih 10 tahun. Kita hanya akan guna emas tu masa terdesak, ataupun ada peluang yang lebih baik untuk jana keuntungan(modal bisnes/ pelabuan hartanah).

Kalau yang mempunyai matlamat simpanan, matlamatnya mudah capai contohnya untuk pergi umrah atau untuk deposit beli rumah.

Walaupun kalau simpan duit dalam bentuk tunai atau di bank seperti di Tabung Haji dan ASB pun boleh capai target simpanan kita, tapi ia mungkin me’makan’ masa yang lama kalau kita tak bersiplin dan cekal dalam menyimpan. Ibarat nak tuju ke satu-satu destinasi, kalau lalu jalan biasa(bukan short) pun boleh sampai juga, cuma masa yang diambil untuk sampai agak lewat.

Jadi, kalau simpan untuk simpanan bermatlamat, lebih cepat capai target dengan simpan dalam bentuk emas. Emas merupakan ‘batu loncatan’ untuk cepat capai matlamat simpanan.

Alhamdulillah…

RAHMAN ISMAIL
BANDAR DARUL AMAN
3 OGOS 2018
21 ZULKAEDAH 1439H

[Kredit foto : mentor saya, En Mohd Zulkifli Shafie]

#BukuWangEmas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s