HIMPITAN KEWANGAN ATAU DESAKAN KEMAHUAN

“Kita sebenarnya tak ada masalah kewangan, yang kita ada cuma masalah dalaman(sikap terhadap pengurusan wang)” – Tn Zaidi Ismail, pakar kewangan.

Ya, itulah realiti. Saya jumpa ramai kawan-kawan bila saya ajak buat simpanan, respon mereka selalu begini : “Macam mana nak buat simpanan, sekarang aku ada masalah kewangan “. Bila diselidik, antara puncanya bukan sebab mereka ada masalah sangat pun. Gaji mereka ada yang lebih dari cukup. Walaupun gaji masing2 tak sama, tapi semua mengadu ada masalah kewangan.

Kata Arkad(orang terkaya di zaman empayar Babylon) “Jumlah pendapatan kamu semua berbeza, tapi kenapa jumlah simpanan kamu sama-KOSONG”. Semua ada masalah yang Sama, tak boleh buat saving !

“Ia bukan soal ‘takdir’, tapi soal ‘tadbir’ !” Kata mentor saya, En Mohd Zulkifli Shafie.

Sebenarnya kita takda masalah kewangan. Bukan takdir kita hidup dalam kesempitan, tapi cara kita tadbir kewangan yang belum betul.

TIADA PENYAKIT, CARI PENYAKIT.

Ramai orang yang kesempitan Wang sebenarnya mereka bukan benar-benar miskin, tetapi mereka sendiri yang ‘memilih’ untuk menjadi miskin.

Contohnya, dah tahu tak mampu bayar hutang, ‘gatal’ juga pergi buat hutang. Kereta yang ada masih elok nak tukar baru pula. Duit tak ada, guna kad kredit seolah² ia PERCUMA. Orang mohon personal loan, dia pun cari penyakit juga Mohon walaupun sebenarnya dia tak perlukan pun pinjaman tu.

Jadi, memang patutlah mereka kesempitan wang, duit yang ada belum diurus dengan baik. Mereka miskin bukan sebab desakan keperluan hidup, tetapi lebih kepada mahu memenuhi KEMAHUAN yang sudah tentu tak akan habis.

LULUS UJIAN ATAU ‘REPEAT PAPER’

Saya percaya, kesempitan wang yang dilaluinya sekarang adalah ujian dan pelajaran dari tuhan buatnya. Dia hanya mampu keluar dari kesempitan sekiranya dia ‘lulus’ ujian tersebut.

Selagi belum lulus, selagi itulah dia akan terus menerus berada dalam kemiskinan dan akan ulang kesilapan yang sama ibarat kena “repeat paper”. Bila sudah lulus, barulah tuhan akan gantikan ujian kesusahan yang dialami sekarang dengan ujian kebahagian dan kesenangan.

Jika susah, kita diuji untuk bersabar. Diwaktu senang kita sebenarnya sedang diuji supaya bersyukur pula.

“Sangat ajaib keadaan seseorang yang beriman, sesungguhnya segala urusannya adalah baik, dan itu tidak terjadi kepada seseorang kecuali hanya bagi orang yang beriman.

Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka demikian itu kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar, maka demikian itu adalah kebaikan buatnya.”

(HR Muslim)

#BukuZeroHutang

RAHMAN ISMAIL

BANDAR DARULAMAN

19 JULAI 2018

6 ZULKAEDAH 1439H

[Kredit foto : money.usnews.com]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s