NOMBOR VS NILAI

Guru emas saya, Penulis buku “Wang Emas” En Mohd Zulkifli Shafie cakap… :

Emas NILAINYA tidak bertambah atau berkurang.Sebaliknya, nilai emas KEKAL.

1 dinar pada zaman rasulullah,iaitu 1400 tahun yang lalu,boleh beli 1ekor ( atau dua ekor-bergantung kepada saiz ) kambing.

Hari ini,kalau kita semak harga 1 dinar lebih kurang rm800.

Maksudnya, dengan 1 dinar yang kita masih boleh beli 1 ekor kambing.

 

 

dinar
Kadar inflasi (kenaikan harga barang/kadar susut nilai) bagi dinar(emas) adalah 0% !  [kredit foto: tanamanorganik]

NILAInya tidak bertambah apatah lagi berkurang !

Walaupun “harga” emas kita nampak naik dalam jangka panjang, hakikatnya ia hanya naik dari sudut NOMBOR.

NOMBOR(i.e. harga emas) sahaja yang semakin bertambah( i.e. meningkat), NILAI dan KUASA BELI masih kekal sama.

 

NILAI BUKAN PADA NOMBOR

Antara salah faham ramai orang(termasuk saya) adalah melihat “nilai” sesuatu barang itu pada harga.

Contoh yang mudah adalah kos untuk dapatkan secawan kopi di warung.

Seingat saya semasa saya kecil, 50 sen sudah cukup untuk dapatkan secawan kopi(teh). Tetapi sekarang, dengan duit 50 sen yang sama kita dah tak boleh dapat lagi dah secaawan kopi pada harga itu.

Paling kurang rata-rata warung menjual pada harga rm1.50.

 

Kalau kita lihat dari “nombor”, aduh harga barang makin naik. Kita akan mengeluh.

Tetapi apabila ita lihat dari sudut ‘nilai”, sebenarnya disebalik kenaikan harga barang itu, duit kita yang jatuh. Duit RM kita makin lama makin susut,makim susut,makin susut…

Ini adalah contoh inflasi.

inflasi.jpg
Pelbagai contoh untuk korang mudah faham tentang inflasi. [kredit foto: deenazmee]
Menurut pakar kewangan, duit kita sebenarnya tidak mempunyai nilai intrinsik(nilai yang sebenarnya). Cepat atau lambat duit akan kembali kepada nilainya yang asal iaitu KOSONG,”0′ .

 

Jika kita lihat kekayaan itu hanya pada sudut nombor-makin banyak nombor,makin kaya-kita sebenarnya silap.

Bukti yang jelas kekayaan tak terletak pada nombor adalah apa yang berlaku pada duit pokok pisang pada zaman pendudukan jepun di negara kita.

Selain itu,kita boleh belajar dari kisah apa yang terjadi pada matawang negara zimbabwe.

zimbabwe 100 trillion dolla
Apa “first impression” korang bila lihat sekeping note 100 trillion dollar ini ?

Tahu tak korang apa yang berlaku dengan sistem kewangan di zimbabwe ?

Kerajaan di zimbabwe telah salah gunakan kuasa dengan mencetak sesuka hati duit dalam negara mereka. Akhirnya,duit mereka jatuh nilai  !

100 trillion dollar yang korang lihat tadi tu “nilai”nya cuma lebih kurang RM1 kita.

index
!00 trillion dollar zimbabwe cuma mampu membeli 3 biji telur ayam sahaja. [valentinagurarie.wordpress.com]

BELI EMAS DENGAN ILMU,EMOSI TERJAGA

Sebab itu PENYIMPAN EMAS yang ada ilmu yang betul tentang kewangan tak akan terkesan dengan naik atau turun harga emas.
Datanglah spekulasi dari mana-mana sumber sekalipun yang bagitahu harga emas akan naik sekian-sekian harga , mereka tetap dengan prinsip mereka-beli emas untuk KEKALKAN KUASA BELI bukan untuk jual semula bila harga emas dah naik i.e “buy low sell high”.

Penyimpan emas seperti ini, guru saya gelarkan mereka gold saver “peace of mind”.

Harga emas naik mereka emas turun lagi 2 Kali happy !

 

Rahman

Bandar Darulaman

31 Januari 2018

14 Jamadil Awal 1439H

 

[Kredit foto; zaploes]

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s