KUMPUL ASET DI USIA MUDA

Orang yang bermimpi hanya akan tersedar hakikat bahawa mereka sebenarnya bermimpi sebaik sahaja mereka terjaga dari tidur.

Begitu juga dengan kepentingan ilmu & kesedaran tentang pengurusan kewangan yang betul.

Kita hanya akan sedar betapa pentingnya ilmu pengurusan kewangan peribadi(personal finance) sebaik sahaja kita melangkah masuk ke alam pekerjaan.

Waktu itu la baru kita rasa menyesal, “aduh, menyesal betul aku tak kumpul duit masa aku belajar dulu. Banyak duit yang aku habiskan beli benda bukan-bukan. Kalau la aku simpan duit banyak-banyak masa belajar dahulu, sudah tentu aku sudah boleh merasa hasil dari simpanan aku itu”.

Kita menyesal waktu itu pun, dah tak berguna. “Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian sudah tidak berguna lagi”, pepatah ini sering kita sebut dan ulang sewaktu sekolah dahulu bukan

Waktu terbaik untuk belajar ilmu “urus duit” adalah waktu kita tak berduit (i.e tak ada income).

BELAJAR DARI PENGALAMAN ORANG LAIN

“Alangkah beruntungnya anak muda yang sejak di alam universiti lagi sudah terdedah dengan ilmu pengurusan kewangan ini,macam rahman”, kata sahabat senior saya, Encik Azinuddin kepada saya sewaktu kami dalam perjalanan pulang ke rumah usai kelas PG1System-kelas untuk dealer-dealer public gold seperti kami yang nak berjaya dalam bisnes.

Aduh, nasihat spontan yang diberikan itu sangat meninggalkan kesan emosi kepada saya. Sampai ke hari ini saya masih ingat pesanan tersebut. Saya rasa saya perlu berkongsi kepada sahabat-sahabat yang sebaya yang mana saya perhati ramai yang masih leka dengan kehidupan di kampus.

Kata guru saya : Antara kesilapan terbesar ramai mahasiswa adalah menganggap duit elaun pinjaman(e.g. PTPTN,MARA) itu seolah-olah macam duit bonus.

Duit yang sepatutnya dibelanjakan untuk tanggung kos sara hidup dan beli barang-barang keperluan pengajian habis digunakan untuk turutkan kemahuan.

Nak pakai “smartphone”,nak yang paling up-to-date. Sepatutnya telefon yang berharga RM500 pun sudah cukup untuk keperluan, tapi dek kerana membela ego, paling cikai pun nak yang RM1000 ke atas.

download (1)
(gambar sekadar hiasan)

Kalau la dia sedar, 2 ke 3 tahun lagi smartphone yang up-to-date tu akan ketinggalan juga. Akhir sekali, duit habis kerana nak ikut trend sahaja.

Lagi malang, kalau buat pinjaman semata-mata untuk beli smartphone. Harta tak ada,hutang pula bertambah!

ILMU + TINDAKAN = RESULT

Jadi, kepada korang yang sudah ada kesedaran muda-muda ini, teruskan bertindak sekarang. Ada ilmu sahaja tapi tak ada tindakan tak jadi.

Kata imam ghazali “ilmu tanpa amal, gila,

ilmu tanpa

Belajar kumpul harta(i.e. aset) mulai SEKARANG.

Aset tak semestinya rumah dan tanah sahaja tahu.

Guru emas saya, Penulis buku “Wang Emas”, Tuan Mohd zulkifli Shafie pesan, Sebelum beli aset besar-besar seperti rumah dan tanah, belajar kumpul aset kecil-kecil dahulu.

Aset yang paling senang untuk pelajar seperti kita ni kumpul adalah emas(dan perak). Emas(dan perak) juga adalah aset.

Korang boleh mulakan simpan aset kecil ini dengan mulakan belian 1 dinar pertama.

1dinar
Gambar 1 dinar public gold LBMA (bertaraf antarabangsa). Kredit foto bilahrotan.blogspot,

Kalau tak mampu juga, korang boleh mula dengan 1 gram atau Rm100.

Ya, sekarang ni sangat mudah. Banyak syarikat pengeluar emas yang tawarkan belian emas bagi yang bermodal kecil.

Tetapi yang saya boleh rekomen buat masa ini, syarikat Public Gold paling mudah & paling untung untuk simpan emas bagi yang bermodal kecil. Saya syorkan beli melalui kaedah #AkaunEmasGAP yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar emas terbesar di malaysia ini.

gap

Boleh mula serendah RM100 dan korang akan dapat emas sekitar 0.5 gram. Korang boleh cari dealer2 public gold yang korang kenal untuk guide korang buat belian emas.

Ataupun kalau korang tak ada kenal mana-mana dealer,korang boleh WhatsApp nombor +6 012 566 9020.

Saya juga adalah dealer public gold yang aktif di bawah bimbingan penulis buku “Wang Emas”, Tuan Mohd zulkifli Shafie sejak tahun 2016. Insyaallah saya boleh guide.

Rahman

Bandar Darulaman

17 Disember 2017

29 Rabiul Akhir 1439H

[Kredit foto : sitepoint.com, dirihamba.blogspot, techglamour.com ]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s