KAYA ILMU : UNTUNG BERTAHAN LAMA

KONGSI ILMU-UNTUNG 200% !

Kalau korang ada 2 keping emas,kemudian bila korang hadiahkan kepada kawan korang sekeping emas, maka kawan korang akan ada sekeping, dan korang punya akan tinggal sekeping sahaja.

Tapi bila korang ada 1 ilmu , dan korang hadiahkan(kongsi) kepada kawan korang ilmu itu, kawan korang itu akan ada 1 ilmu dan korang pun masih ada 1 ilmu juga. Ilmu yang Korang kongsikan itu tak berkurangan pun.

Malah mungkin “kefahaman” korang tentang ilmu itu bertambah selepas korang kongsikan ilmu tersebut. Walaupun ilmu yang sama juga-tak berubah, tetapi korang dapat kefahaman yang berbeza.

Korang dapat 2 keuntungan ;

1) Untung sebab dapat buat kebaikan dengan beri manfaat kepada orang lain. Mudah-mudahan jadi “saham” akhirat buat korang(aamiin).
2) Untung sebab korang dapat kefahaman yang baru tentang llmu yg kau kongsikan tersebut .

 

ILMU DULU SEBELUM NAK KAYA

Sebab itu guru bisnes saya amat tekankan tentang ILMU. Pesan beliau kepada kami “nak kaya, kena ada ILMU”

Kata beliau :

Orang yang ada ILMU, tak bagi duit pun duit tetap datang “serah diri” kepada mereka.

Orang yang tak ILMU, bagi duit selonggok pun duit itu lama-lama tetap akan habis juga.

Orang yang ada ILMU, bagi duit kepada mereka,mereka tahu macam mana gandakan duit itu. RM10 boleh jadi RM100, RM1000 malah mungkin RM10,000 !

Menurut Chef li, penulis buku”jutawan senyap” (dalam al-quran sendiri pun sudah menyebut), ” Tidaklah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”.

 

ILMU BAGAIMANA ORANG KAYA MENJADI KAYA

Salah satu RAHSIA(i.e. ilmu) bagaimana orang kaya menjadi kaya adalah dengan memupuk TABIAT menyimpan.

Ya, sengaja saya besarkan perkataan “tabiat” itu bukan kerana keyboard saya rosak() tapi kerana saya nak korang perasan dan tak ambil mudah tentang TABIAT ini.

TABIAT ini bukan benda yang kita boleh pupuk sehari dua.
TABIAT menyimpan pula bukan bermaksud bila ada duit lebih baru kita hendak menyimpan.

Ia terbentuk hasil dari DISIPLIN dan keinginan yang kuat dalam diri kita. Cakap soal DISIPLIN, korang memang kena PAKSA diri. Keyword disini adalah “PAKSA diri”.

Nak menyimpan, korang kena “push” diri korang. Tak boleh bertangguh-tangguh. Tak boleh rasa macam,

“Aahh… Tak apa lah. Bulan depan sajalah aku menyimpan… Bulan ini rasa macam tak cukup duit lagi.banyak lagi nak kena pakai duit nie”.

Kalau korang tunggu “bulan” yang korang rasa tak perlu pakai duit sangat, bulan yang Ada “duit lebih”, percayalah “bulan” itu tak akan pernah wujud.

 

TEKNIK MENYIMPAN YANG BERKESAN

Cara yang betul bukan tunggu masa yang
paling sesuai untuk menyimpan, tapi cara yang betul adalah mulakan dahulu buat simpanan kemudian baru lihat duit cukup ke tak cukup lepas itu.

Formula menyimpan yang berhasil yang saya amalkan adalah formula yang diajar oleh banyak pakar-pakar kewangan :

Pendapatan(i.e.gaji atau elaun) – belanja = simpan   X

Pendapatan – simpan = Belanja  √

Maknanya, kalau kita nak berjaya dalam buat simpanan,simpanan tu mesti kena buat masa kita dapat duit.

Bukan tunggu ada duit lebih baru nak menyimpan.Kalau kita amalkan juga sikap tunggu duit lebih dulu baru nak menyimpan, simpanan kita tak akan bertambah(kalau bertambah pun mungkit sikit).

Dapat duit elaun sahaja terus asing siap2 10%,ini memang aku tak kan usik,khas untuk simpan.

Dapat duit belanja dari Parent pun, asing juga siap2 10%.

Dapat duit Kad siswa rm250, asing siap2 “at least” 10%. Lagi banyak lagi bagus. Ikut kemampuan masing-masing.

 

 

INSIPIRASI DARI KAWAN LAMA

Saya ada seorang kawan(senior tua setahun dari saya semasa di sekolah menengah dahulu),sekarang belajar di bawah tajaan SPA, latihan separa perubatan sebagai MA(Medical Assistance).

Dua minggu lepas saya sembang2 dengan dia,dia beritahu yang dia dapat elaun sekitar rm800 sebulan. Setiap bulan dia boleh menyimpan RM400. Bermaksud separuh daripada elaun dia boleh asingkan untuk simpanan sahaja !

Yang tinggal cuma rm400 saje untuk dia belanja. “Pandai-pandai lah nak hidup macam Mana dalam sebulan itu”katanya… Wah…saya sangat kagum dengan student yang Ada “mindset” sebegini.

Dan duit simpanan tiap-tiap bulan itu dia akan kumpul sampai cukup seribu. Cukup je RM1000, dia akan tukar duit simpanan itu kepada aset fizikal seperti emas.

Dan berita baiknya,dia juga beritahu saya masa minum-minum haritu : selepas ni tiap2 bulan dia nak menyimpan dalam #AkaunEmasGAP. Mudah sikit katanya,lebih mudah & fleksibel.

Tak perlu tunggu cukup rm1000 dah kalau nak tukar duit simpanan kepada aset fizikal macam emas ni. Takda lah dia terpakai duit itu beli benda bukan2 nanti.Tiap2 bulan dia terus masukkan je rm400 tu dalam akaun emas GAP,transfer aje dari akaun simpanan RHB Bank dia tu.

Itu cerita kawan saya.Kalau saya, saya pun bukan menyimpan 10% je,saya sendiri asing rm200 dari duit kad siswa untuk menyimpan.

 

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI

Ikut kesesuaian masing-masing.Be Rasional.

Semua orang tak sama dia punya tanggunan. Kalau boleh 50%, simpan 50%. Kalau tak boleh 50%, simpan 30%. Tak boleh juga 30%, 10% pun OK. Asalkan ada. (“,)

Selebihnya,ikutlah korang nak buat apa dengan duit itu. Asalkan jangan buat benda bukan-bukan sudah.

Bila korang terbiasa asingkan duit macam itu, lama-lama TABIAT menyimpan tu akan sebati dengan korang.

Tambahan lagi kalau korang menyimpan dalam bentuk emas fizikal(instead of simpan duit dalam akuan bank), itu akan buatkan korang lagi ketagih nak menyimpan.

Dan itulah sebenarnya yang akan buatkan korang jadi lebih KAYA !

Kata guru-guru kewangan, “Menyimpan secara TEGAR, itu yang akan buatkan seseorang itu makin Kaya”. 

Akhir sekali, artikel saya ini  bukanlah untuk “mengajar” korang, tetapi anggaplah ia sebagai satu perkongsian dari seorang rakan (yang sama saja dengan korang) yang inginkan kebaikan kepada sahabat-sahabat yang sebaya dengannya. 

Wallahua’lam.

 

Rahman 

Bandar Darulaman

10 Disember 2017

22 Rabiul Akhir 1439H

[Kredit foto : stephendale.com]

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s